Isnin, 1 Februari 2010

Selasa 17 Nov 2009

Lenguh juga rasanya duduk berjam2 d dlm kt. Mungkin sbb kami pergi dgn muassasah maka kami dtempatkan d kelas ekonomi. Aku pula duduk tersepit d tgh2 antara anak saudaraku dan suamiku. Kalaulah badanku ini bersaiz biasa rasanya kesempitan itu tidak ketara. Dgn berat badan melebihi 90kg apalah nak dikata..Tp kelenguhan itu tidaklah mengatasi keeageranku terbang d langit tinggi menuju ke negeri yg jauh yg tak pernah kujangkaui..

Menghampiri destinasi, pengumuman mula dbuat utk memberitahu para penumpang/jemaah pendaratan bakal dlakukan. Dpt dirasakan kt mula merendahkan ketinggian secara berperingkat-peringkat. Perlegaran dilakukan dan kt semakin rendah utk mencecah bumi. Aku berdoa d dlm hati agar pendaratan lancar dan kami tiba dgn selamat.

Lampu2 mlm mula kelihatan dr bwh sana. Aku menyuruh anak saudaraku merakamkannya ke kamera. Aku tahu ada yg ingin turut menyertai pengembaraan kami wp hy sekadar dr lensa kamera digi..

Hati entah bagaimana utk kugambarkan. Tempat tujuan sudah hampir kujejakkan kaki.

Apabila kt mencecah landasan kulihat banyaknya kt yg sudah berada d lapangan. Oh begini terasa betapa tempat ini dikunjungi sebegitu ramai dr seluruh dunia dgn tujuan yg hy satu, sptku. Apatah lagi hari wukuf hy tinggal sedikit lbh dr seminggu.

Kt merapati balai ketibaan. dan kami diarahkan turun setlh diucapkan selamat jln dan selamat bertemu lagi d penerbangan pulang. Suamiku menurunkan beg2 sandang kami. Kami menuruni kt dan terus disambut d balai ketibaan oleh petugas Th juga petugas lapangan. Di situ kami diminta duduk dan menunggu untuk melalui pemeriksaan keluar yg mungkin lama krn jemaah2 dr negara lain juga sdg tiba dan berbaris utk keluar dr airport.

Suamiku memberitahu untuk ke bilik air. Aku pula melihat jemaah mula bergerak ke bilik air, utk mengambil wudhuk barangkali, membuat keputusan utk menyertai mrk. D bilik air kami beratur dan menunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan