Isnin, 1 Februari 2010

Rabu 18 Nov 2009/1 Dzulhijjah

Kami tiba juga d maktab akhirnya. Mungkin pukul dua pagi waktu Arab Saudi. Waktu Malaysia dlm 7 pg. Maknanya genap 24 jam dr jam aku dan suami bertolak dr rumah pagi semlm. Sblm turun dr bas diberitahu bagasi blh diambil d tingkat msg2. Masa d Kelana Jaya sblm terbang tadi dah dilekatkan sticker maktab/no. bilik pd bagasi besar, beg sandang, beg leher dan lencana nama. Juga diberitahu kami adalah grup terakhir yg memenuhkan Hotel Abraj Janadriah utk menjadikan jumlahnya 7,000 jemaah.

Ditaklimatkan juga bhw setlh masuk ke bilik kami blh berehat/tidur sekejap menantikan menjelang waktu Subuh pd pukul 5.15 pg. Solat Subuh d surau tingkat P tempat kami diturunkan dr bas ini dan slps Subuh ada taklimat utk ketibaan/ceramah I. Sarapan utk hari pertama dsediakan. Utk muassasah makan tgh hari dan mlm disediakan ttp sarapan sendiri.
Turun dr bas kami terus memasuki hotel menuju ke lobi lif. Semua jemaah dr kt kami dtempatkan d tingkat 11 dan diasingkan mengikut jantina..biasalah tu kan. Aku dan anak saudaraku menuju ke bilik 1144B di mana kami ditempatkan. Buka pintu bilik, ada sebuah sink d sebelah kiri dan sebuah peti sejuk bersaiz sederhana. D atas peti sejuk kedapatan sebuah jug kettle pd mulanya kami ingat dbawa oleh salah seorg dr ahli bilik kami.D seblh kanan adalah bilik air yg memuatkan sebuah sink, sebuah mangkuk tandas dan sebuah petak mandi kecil d lantai d bwh shower.

D dlm bilik tu sudah ada 2 jemaah wanita yg sdg duduk2 d dua buah katil yg dletakkan sederet d seblh kiri. 2 buah katil d belah kanan masih kosong lantas diambil olehku dan anak saudaraku. Aku memilih sudut yg terselindung dr pintu masuk agar tidak kelihatan apb sesiapa shj menjengah d pintu bilik kami secara tiba2. Mmg dah biasa kedengaran kes/rungutan sedemikian kan. Manakala anak saudaraku memilih katil d bwh aircond. Sebuah lagi katil yg setentang dgn pintu masuk dan membelakang tingkap menunggu penghuninya. D atas kesemua katil tersedia satu pack yg kami ingatkan pack makanan lg pd mulanya tp rupanya uncang teh dan gula serta coffee malt d dlmnya.

Waktu tu dlm pukul 3 pagi waktu Arab Saudi. Kami berlima mengemas barang keperluan sambil bersuai kenal. Nak tidurpun aku takut tak terbangun waktu Subuh nanti. Aku jenis yg tak reti nak tidur sekejap-sekejap, sukar nak lelapkan mata dan sukar pula nak bangun nanti. Bagasi besar kami sorongkan ke bawah katil dgn isi2nya sekali kecuali mengeluarkan kasut, selipar, hanger dll. Yg ditinggalkan kat dlm tu adalah pakaian sbb almari pakaian tidak dsediakan. Almari lain tak ada.

Beg sandangku berisikan buku2 panduan haji dan sepersalinan pakaian dll keperluan utk bekalan dlm perjalanan kuletakan di ruang antara katilku dan anak saudaraku. Ku sangkutkan beg leher yg septtnya berisikan dokumen ptg yg mesti sentiasa dbawa bersama ke mana2 tu di satu tiang kepala katil. Sbnrnya dokumen ptg kami hylah pasport (yg disimpan oleh sapa entah yg dikutip semasa kami mula2 menaiki bas tadi), buku rawatan kesihatan (mmg aku simpan dlm beg leher) dan lencana nama yg disangkut di leher sepjg masa spttnya. Lencana nama itulah tanda pengenalan kami yg juga diguna utk mengeluarkan wang simpanan dr Th sepjg berada d tanah suci. Selain lencana nama, tanda pengenalan kami ialah gelang rantai besi yg tertera nama dan IC no. kami yg kami pakai d lengan. Kad pengenalan, lesen memandu, buku akaun simpanan tidak perlu dbawa, semuanya dtinggalkan d M'sia.

Selain buku rawatan kesihatan yg aku selitkan dlm poket beg leher ialah buku panduan doa haji, maathurat dan sebuah buku kecil yg diedar semasa mula2 menaiki bas tadi juga sebtg pen. Dlm ruang utama beg leher ni aku isi dgn cermin mata membacaku yg baru siap ditempah sblm kami berangkat ke tanah suci yg masih kemas berada dlm kotaknya. Cermin mata hitam, sapu tgn dan pad juga ku masukkan sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan