Sabtu, 20 Februari 2010

Rabu 18 Nov 2009/1 Dzulhijjah

Selesai Taklimat, kami diarah turun ke bwh utk bergerak ke masjid. Hatiku menjadi risau takut aku tidak berdaya lantaran perjalanan yg pjg dan krg sgt rehat. Aku takut kepeningan dan kemungkinan pengsan/pitam krn badanku terasa spt mahu terhoyong hayang. Aku bertanya kena terus pergi ke? Suamiku jwb yalah. Aku memandang mukanya meminta pengertian. Ttp dia terus bergerak menyertai jemaah lain yg mula beratur d muka pintu maktab.

Lafaz talbiah mula bergema.

Labbaikallaahumma labbaiiik. Labbaika laa syariika labbaik. Innalhamda wa ni'mata laka walmulk. La syariikalak. Aku dtg kpdMu ya Allah aku dtg. Aku dtg kpdMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku dtg kpdMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat dan kerajaan adalah milikMu. Tiada sekutu bagiMu.

Aku melangkah d sisi suamiku mengikuti para jemaah lain keluar dr pintu maktab ke jln raya. Anak saudaraku tidak menyertai kami lantaran uzur syar'i.

Dlm ketidakyakinan, dlm kebimbangan aku memulakan langkah. D luar bangunan kelihatan lbh ramai jemaah melangkah menyusuri jln. Kelihatan olehku seorg tua yg berjln dgn terhencot2. Aku menyoal diri ttg keupayaanku berbanding dgn si tua itu..ah kenapalah dgn diriku ini, begitu pesimis.

Jln dr maktab kami ke masjid menuruni bukit. Kami dpandu oleh petugas dgn menunjukkan landmark2 yg tlh dtaklimatkan dskrin putih td. kelihatan pula olehku seorg tua yg disorong d atas kerusi roda. Ah aku hampir menangis diaju oleh persoalan2 dlm benakku. Mengapa aku merasa tidak yakin sdgkan situa yg berjln terhencot2 td aku nampak spt bersendirian sj dan melangkah dgn penuh kemahuan. Dan yg berkerusi roda mahu/sanggup dtg dr sebegitu jauh utk melaksanakan ibadah ini.

Ya Allah ya tuhanku, berilah aku kekuatan. Aku berdoa d dlm hati. Ya Allah ya tuhanku berilah aku kekuatan agar dpt aku tempohi segala cabaran, agar dpt aku laksanakan fardu hajiku dgn sempurna. Aku berdoa agar aku tidak pengsan krn kutahu ia bkn sekadar akan menggendalakan aku ttp juga suamiku.

Kami terus berjln menuruni bkt. Jln itu menyerong dlm 15 darjah ke kiri. Kami memerhatikan landmark2 yg tlh dpapar d skrin td sbg panduan utk perjalanan pulang nanti. Oh ya, semasa pergi ini kami dpandu petugas ttp utk pulang kalau kami terlewat terpaksa pulang sendiri.

Akhirnya kami kami sampai d simpang 4 dan membelok ke kiri. Ku lihat d kiri kanan jln ada bangunan2 dan kedai2. D atas satu dua bangunan kedapatan org berkumpul dan spt ada ucapan2.

Kami tiba d hujung deretan kedai2/bangunan2 d mana d sblh kirinya tebing bukit dan sblh kanan jlnnya terdpt dataran terbuka. Dr sinilah aku melihat masjidil haram.

Labbaikballahumma labbaiiik. Labaika laa syariika labbaiiik. Innalhamda wanni'mata laka wal mulk. La syariikalak. Aku dtg kpdMu ya Allah aku dtg. Aku dtg kpdMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku dtg kpdMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milikMu. Tiada sekutu bagiMu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan