Khamis, 21 Januari 2010

Selasa 17 Nov 2009 Masih dlm Kt

Dlm kt setiap penumpang disediakan dgn sebuah skrin tv yg diletakan d hadapan setiap kami/d bahagian belakang kepala seat penumpang dpn. Kami blh memilih beberapa saluran ttp yg dkhususkan utk kami ialah penerangan ttg cara2 mengerjakan haji dan doa2nya juga informasi penerbangan spt ketinggian, jarak penerbangan, jarak tlh dilalui, jarak bakal dilalui, masa tlh terbang, baki masa akan terbang dan masa dijangka tiba serta masa bertolak. Kedudukan kt juga ditunjukkan mengikut peta/jalur penerbangan. Alat pendengar telingan juga diedarkan di awal penerbangan tadi.

Bilik2 air kedapatan di hadapan dan belakang kami. Arah tunjuk menunjukkan penumpang dr tempat duduk kami hdklah menggunakan bilik air yg terletak d bhg plg belakang/ekor kt. Aku ada 2 kali ke tandas dan mencuba dua buah bilik air yg ada di situ. Wp sempit ttp ia dibina bersesuaian dgn kedudukan dan ruang yg ada menjadikannya agak mudah utk digunakan.

Makan mlm juga dsediakan. Aku dah tak ingat pukul berapa tp mungkin masih mengikut waktu M'sia. Dlm kt kembali sunyi krn rasanya ramai jemaah tertidur melainkan alunan doa2 tawaf dan saei dr skrin tv yg tergantung d siling kt.

Slps 7 jam rasanya terbang, lbh krg pukul 9.30 mlm waktu M'sia, pengumuman bhw miqat sdg dihampiri dan peringatan agar para jemaah perlu bersedia utk berniat ihram haji/umrah dibuat. Pengumuman ini diulang setiap 1/2 jam rasanya sehinggalah 15 minit yg terakhir sblm miqat ii lbh krg sejam sblm kt mendarat di Arab Saudi. Suamiku mengingatkan spy kami berniat akhirnya. Serasa spt aku mendgr lafaz talbiah perlahan berkumandang di udara dr bwh kt yg kami naiki. Aku menyuruh anak saudaraku memasang pendgr telinga tp katanya tiada kedengaran talbiah trsbt.

Labbaikallaahhumma labbaiiik. Labbaika. Laa syariika. Labbaiiik. Innalhamda wa ni'mata la syarika laka wal mulk.

Aku dtg kpdMu Ya Allah aku dtg. Aku dtg kpdMu. Tiada sekutu bgMu. Aku dtg kpdMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat dan kerajaan milikMu. Tiada sekutu bagiMu.

Tidak lama mula kelihatan jauh di bwh sana spt padang pasir. Masa tu hari masih siang/ptg blm ditelan kegelapan. Aku tidak melepaskan peluang utk meninjaunya yg kuintai dr celah2 tingkap dan celah2 sayap pesawat. Tidak lama slps itu hari mula gelap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan