Khamis, 4 Februari 2010

Rabu 18 November 2009 1 Dzulhijah


Menghampiri waktu Subuh kami bersiap dan turun ke surau d tingkat P. Krn aku turun dah tinggal seminit dua sblm masuk waktu, ruang utama solat sudah penuh dan melimpah hingga ke lobi lif. Fikirku, ramai juga yg tidak ke masjid..

Dr ruang lobi, kami agak keliru dgn arah kiblat sbb lorong yg menghubungkan ruang solat d bhg dpn tu menyerong dan kedudukan lobi ikut menyerong. Wp Th dah menampalkan arah qiblat d dinding tp kami tak perasan. Juga suara imam hampir tidak kedengaran bercampur pula dgn suara imam dr kumpulan jemaah lelaki yg turun lebih lewat yg tak dpt menembus ke ruang solat d dpn mendirikan solat jemaah kedua d belakang barisan saf wanita.

Selesai solat aku naik semula ke tingkat 11. Sarapan pagi diagihkan d lobi lif tingkat kami. Rasanya nasi..hmm..mewah juga nasi d negara Arab ni..Sarapan itu dpack rapi utk kemudahan kami mengambil dan membawanya ke bilik. Masih rasa kenyang sbb makan bertindan2 sejak dr dlm perjalanan seharian yg pjg. Tak lama lps itu kami berkumpul semula d lobi lif tingkat kami itu utk mendgr taklimat ketibaan/ceramah 1. Rupanya semua aktiviti KT 90 berpusat d lobi lif tingkat ini. Yalah kami semua pun dtempatkan d tingkat ini.

Semua duduk d lantai dgn beralaskan tikar yg dibekalkan oleh Th sumbangan TM. Sbnrnya rasa terharu dan berterima kasih dgn penaja2 yg menaja barangan keperluan jemaaah hj semasa berada d tanah suci.

Sbnrnya semasa berkursus haji perdana d Masjid Putrajaya lagi seorg kawan yg turut berkursus memberitahu thn ini ada 11 syarikat yg memberi sumbangan/gift. (Tak taulah beliau mendpt tawaran mengerjakan haji ke tidak thn ini sbb semasa berkursus hari tu statusnya masih standby).

Semasa kami mengambil beg sandang (sumbangan TM) dr Th Maju Junction tempohari kami dapati penuh d dlmnya antaranya, tikar (sumbangan Tm juga), beg sejadah sumbangan Sapura, selipar jepun dan uncang selipar sumbangan Bank Islam, uncang batu sumbangan Agrobank, beg kosong sumbangan Safwa Health, losyen haji sumbangan ..., pad/panty liner sumbangan Poise, kari ayam dlm tin sumbangan Ayamas, berus gigi, ubatgigi dan ubatkumur sumbangan Colgate, vitamin c, ubat kumur, ubat sakit tekak sumbangan glaxo kalau tak silap..

Beg leher dan lencana leher sumbangan TM juga ttp kami kutip d Kelana Jaya pd hari bertolak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan