Sabtu, 6 Februari 2010

Rabu 18 Nov 2009

Ceramah I antara isinya ialah memberi informasi ttg hotel tempat kami ditempatkan, lokasinya, siapa tuan rumah kami, siapa isi rumah kami dan jumlah penghuni yg seramai lbh krg 7,000 jemaah, semuanya dr Msia. Terbhg kpd 3 maktab iaitu maktab 75 di tingkat 1 hingga 6, maktab 76 tingkat 7 hingga 11, dan maktab 77 di tingkat 12-15.

Juga diberitahu di mana klinik2 utk setiap maktab ditempatkan, cthnya untuk maktab 75 d tingkat 2, maktab 76 d tingkat 7, dan maktab 77 d tingkat 12 rasanya. Emergency pula d tingkat P. Selain Emergency, tingkat P juga mempunyai surau umum dan parking.

Pusat maktab berada d tingkat G. Selain itu, kaunter pertanyaan, bilik air, cafeteria, pusat guru bimbingan agama, kaunter pengeluaran dan penyimpanan, kaunter farmasi, kedai dobi, ruang telefon (I-Talk) dan TV, ruang duduk2, kedai buku + kaunter batu permata d dpnnya, kedai karpet dan sejadah + kaunter minyak wangi d dpnnya dan kaunter kunci. D bhg belakang lobi pula kedapatan pusat bimbingan haji, pusat kaunseling dan pusat tiket dan jadual penerbangan. Sbnrnya hotel ini adalah ibu pejabat Th di Makkah.

Jarak hotel ini dr Masjidil Haram adalah 800m bersamaan dgn 1/2 batu lbh krg.

Kami juga ditaklimatkan dgn landmark2 dr hotel ke Masjidil Haram. Selain taklimat ini adalah taklimat mengenai tawaf (umrah dan qudum) dan saei (umrah dan haji) yg bakal kami lakukan slps ini. Diberitahu sekejap lagi kami akan dbawa ke masjid. Sbnrnya semasa sblm turun dr bas sudah diberitahu akan hal ini krn Th memahami ada jemaah2 yg sudah tidak sabar2 lagi utk ke AlHaram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan