Rabu, 20 Januari 2010

Selasa 17 Nov 2009 Pemeriksaan Demi Pemeriksaan

Tak banyak sbnrnya. Sambil berjln mengheret bagasi besar dan beg sandang..mula2 masuk pintu kaca tu dah disuruh pass beg besar melepasi garisan tali..Jadi kami hy menyeret beg sandang shj melalui pintu masuk yg kecil..akupun sudah lupa adakah pemeriksaan badan dibuat atau melepasi scanner badan d situ..

Dr situ kami ke kaunter utk mengambil tiket dan boarding pass. Perlu menunjukkan buku rawatan klinik atau lencana nama sbg bukti pengenalan diri. Semudah itu. Tetapi membuktikan ketelusan TH, pihak2 berkuasa berkenaan dan para jemaah. Seterusnya mengambil passport, menimbang bagasi, pemeriksaan buku kesihatan dan melepasi kawalan masuk dan beratur ke bahagian dlm kompleks..

Aku mengambil peluang masuk ke tandas apabila barisan beratur kami melewati tandas. Sblm memasuki ke bahagian scan beg sandang dan leher kulihat ramai jemaah meninggalkan botol-botol air minuman termasuk botol air spray di luar. Botol spray tu tentu nak digunakan buat berwudhu' dlm kt sbb air dan penggunaan tandas terhad tp sbnrnya penumpang tidak dbenarkan menggunakan air secara berlebihan krn dbimbangi mendtgkan bahaya kpd pesawat yg dipenuhi litar itu. Sbb itu juga difahamkan tidak dibenarkan sbrg jenis liquid dibawa..Jadi yg nak bawa spray tu mengosongkan menuangkan isinya ke pangkal pokok di pasu..Pttlah suamiku menyuruhku membawa spray tp tak payah isi air katanya. Aku tak paham pd mulanya. Tp sbnrnya spray tu utk standby semasa d masjidil haram/Arafah/Mina utk berwudhu' dan juga membasahkan muka sekiranya kepanasan.

Slps mengambil beg yg dah discan kami menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Di sana disediakan tempat duduk d dlm sebuah ruang menunggu sambil mendgr taklimat keberangkatan dr petugas TH. Sesetgh jemaah ke bilik air dan surau di sisi luar ruang itu utk menunaikan solat sunat musafir.

Sampai masa kami digerakan baris demi baris utk menuju ke bas. Aku mendgr bunyi keriutan ttp tidak memfokus mencari penyebabnya. Sehingga kusedari hy tinggal beberapa baris shj jemaah di depan kami. Rupanya apb barisan jemaah itu bangun menuju ke bas kerusi mrk diseret rapat ke depan agar memberi ruang yg besar utk jemaah di belakang bergerak maju pula..perihatinnya Th demi keefisyenan dan kemudahan jemaah haji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan