Rabu, 20 Januari 2010

Selasa 17 Nov 2009 Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Sampai d KTH Kelana jaya kami terus ke khemah menunggu di mana bagasi-bagasi kami diletakkan. Sudah ramai juga jemaah yg sampai dan khemah menunggu d bhg dpn sudah penuh tapi khemah di bahagian belakang masih byk ruang kosong. Kami melangkahkan kaki menuju ke situ. Berdepan dgn khemah itu ialah khemah melapur diri yg masih blm dibuka.

Di sisinya ada sebuah kaunter. Kami dapati ia adalah kaunter tempat mengambil lencana dan beg leher. Tempat beratur dibezakan mengikut jantina dan pangkal abjad nama. Beg leher berwarna hijau gelap berlambangkan Telekom Malaysia terus dperoleh manakala lencana nama perlu dbuat terlbh dulu. Kami blh menyerahkan buku rawatan klinik ataupun sekeping gambar pasport utk dscan. Semudah itu. Tak payah pakai IC. Oh ya, IC sudah ditaklimatkan tak perlu dbawa ke tanah suci demikian juga buku akaun simpanan apatah lagi lesen memandu.

Sementara menunggu, yg katanya blh siap/check dlm masa sejam, aku menelefon ibu d kampung utk memaklumkan kedudukan kami. Dia bertanyakan anak kecilku.. yg kujwb ringkas dan tak dpt dperpjgkan lg lalu kuserahkan telefon kpd suamiku..

Lps itu kami mencari arah ke kantin utk bersarapan pagi. Aku suami dan WAM'A sarapan dulu sementara yg lain tunggu bagasi di khemah. Di kantin aku menangis lagi. Sehingga apabila abgku yg menghantar anak saudaraku muncul dan bertanya adakah aku sakit mata..sbnrnya mrk sekeluarga hampir kesemuanya sdg diserang wabak sakit mata..

Selesai di kantin kami turun semula ke khemah dan aku menuju ke khemah anak saudaraku dan kakak iparku berada.

Di sana tiba2 kakak iparku ditegur oleh seseorang yg djwbnya dgn mengantar anak dan adik ipar..terus di tokoknya isteri Wan. Mengagak beliau seseorang yg mengenali suamiku kutanya kakak iparku siapa. Jwbnya Datuk A..Oo..aku mengenali Datuk A tp hari itu aku tak dpt mengecamnya. Kutanya Datuk hantar sapa..katanya adik ipar..ku beritahunya.. Wan ada di sana..sambil tgnku menunjuk ke belakang.

Sekembaliku ke khemah asal kami dgn dikuti oleh anak saudaraku dan kakak iparku utk join kami d sana, suamiku memberitahuku jumpa Datuk A dan Datuk A ckp dia jumpa Ahmad, kawannya semasa menuntut di ITM. Ahmad, kawannya itu menghantar anaknya dan adiknya..Suamiku mencelah..adik dia tu..bini aku la..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan