Khamis, 21 Januari 2010

Selasa 17 Nov 2009 Dlm KTerbang

Selesai solat kami menyeret beg sandang terus menuju ke kapal terbang. Kami dipersilakan masuk oleh pramugari yg bertugas dan ditunjukarah ke 'ground floor' kt itu. Kami mencari nombor tempat duduk yang agak ke belakang hingga nampak perut kapal terbang yg makin menyempit dan kecil d bhg ekornya. Aku nampak tadi petugas TH yg dah biasa melead kami semasa kursus haji perdana d PJaya menaiki tangga ke bahagian atas/tingkat 1 kterbang.

Tempat duduk kami adalah d bhg tepi sblh kanan dgn 3 seater, manakala tempat duduk bhg tgh ada 4 seater dan d tepi d sblh kiri pun 3 seater. Kami dtempatkan d bhg yg bersebelahan dgn kabin tempat makanan dsediakan. Anak saudaraku mengambil tempat duduk d tepi tingkap, aku d sblh kirinya manakala suamiku d sebelah kiriku. Sblm itu suamiku memasukkan beg sandang kami ke dlm tempat brg d atas kepala kami stlh kukeluarkan buku panduan haji yg kubeli semasa berkursus haji d Bukit I dulu. Hrp2 ada masa utk khatam buku ini sblm sampai ke destinasi agar lbh fhm dan jelaslah pekerjaan haji kami nanti.

Pengumuman penerbangan dibuat oleh juruterbang dan langkah2 keselamatan ditunjukcarakan oleh para pramugari. Aku yg teramat jarang menaiki kt mengambil perhatian. Sementara itu kterbang mula bergerak menuju landasan. Hatiku berdebar-debar sementara menunggu kt memecut dan mendongak meninggalkan landasan. Akhirnya kami berada d udara. Sedikitpun aku tidak ingin terlepas saat2 itu. Aku melihat perlahan2 pemandangan daratan dtinggalkan. Tidak lama, tiada apa lagi yg hdk dsaksikan. D luar hylah langit biru dan awan putih bergumpal2.

Terbang d udara dlm pesawat yg besar dan ramai penumpangnya serasa spt berada dlm sebuah kapal angkasa. Begitu stabil sekali. Sesekali terasa gegaran. Agaknya kt meredah awan dan semakin menjangkau ketinggian. Pramugari mula menghidangkan makan tengahari. Mrk begitu relax sekali wp kt adakalanya bergoyang. Aku d dlm hati hy menghrpkan kami selamat dlm penerbangan.

Perjalanan kami ini jauh dan pjg. Hari kami juga akan menjadi lbh pjg drp biasa, dgn tambahan 5 jam kpd 24 jam. Sbb perjalanan kita menghala ke belakang. Maksudku menentang masa. Sukar juga utk dterangkan. Mungkin mudah dgn begini..kami bertolak pukul 2.30 ptg waktu M'sia. Perjalanan akan mengambil masa dlm 8, 9 jam. Dan kami akan sampai di Arab Saudi lbh krg pukul 11, 11.30 mlm waktu M'sia ttp adalah pukul 6, 6.30 ptg waktu Arab Saudi. Ataupun dgn cara begini..kami solat jamak takdim asar dlm waktu zohor d KLIA dan akan solat jamak takdim isya dlm waktu maghrib d lapangan terbang Jeddah..perjalanan yg kelihatan spt sekejap..dr waktu zohor ke waktu maghrib..spt 4 jam sj ttp sbnrnya 8 jam..sdgkan negeri yg tlh kami tinggalkan sudah mula tidur d kejauhan mlm sdgkan kami baru memasuki permulaan mlm semasa mendarat d lapangan terbang Jeddah nanti..

Aku tertidur juga wp cuba utk tidak melepaskan peluang merasai/menghayati segenap detik perjalananku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan