Rabu, 20 Januari 2010

Selasa 17 Nov 2009 Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Akhirnya pintu pagar tempat melapur diri telah dibuka. Ramai jemaah sudah beratur. Sebenarnya sedari awal lagi sudah diberaturkan bagasi-bagasi jemaah semasa pintu masuk masih belum dibuka lagi. Kami masih duduk-duduk. Kata suamiku lama nak kena berdiri tu. Sehingga hampir habis jemaah dan bagasi masuk barulah kami mula berdiri.

Apabila hampir memasuki pintu pagar/luar ke tempat melapur itu..aku berpatah semula..kelihatan WAA mendahului melangkah menyalamiku..kupeluk dan kucium dia..dikuti WAM'A..kupeluk kucium dia..diikuti WAM..dia berkata sesuatu kepadaku..tp aku tidak dpt menangkapnya..kutanya apa dia..dia kata ..ibu jaga diri..ku balas..awakpun jaga diri dan adik2 dan rumah..akhir sekali WM..dia hy menyebut sepatah kata..maaf..dgn tangisannya..kukata ..maaf juga..dan kirim salam buat K dan maaf..aku lupa adakah aku mencium si kecil itu..

Sambil masuk rasanya tak sanggup lagi utk memandang mrk dgn deraian air mata yg lebat..namun dr dlm pintu kaca masih mencuri memandang..terutamanya WAM'A..beralih ke hujung di sebalik dinding kaca itu aku menoleh sekali lagi dan mrk sudah tidak kelihatan olehku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan