Rabu, 20 Januari 2010

Selasa 17 Nov 2009

Hari itu dimulai dengan bangun tidur seawal 4 pagi. Persiapan untuk berangkat ke tanah suci perlu dilakukan awal. Kami diberitahu akan diambil untuk dihantar ke Kelana Jaya selepas Subuh. Waktu yg diberikan oleh TH utk melapur diri d Kompleks Tabung Haji itu ialah pd pukul 10 pagi.

Sudah kusemak sblm tidur mlm td dr buku panduan haji urutan perkara2 yg septtnya kulakukan. Memulai dengan memotong kuku dll sunat ihram seterusnya mandi sunat ihram sebelum memakai pakaian ihram. Bagiku, perempuan, memadai dengan berpakaian menutup aurat. Aku mengenakan jubah berwarna coklat dan tudung hitam bulat yang labuh dilengkapi dengan serkup kepala, sarung lengan dan sarung kaki. Tidak lupa, pakaian dalam yg selesa utk perjalanan jauh. Aku dah berpakat dgn anak saudaraku utk tidak memakai telekung solat berwarna putih sebagaimana yg biasa dilakukan oleh jemaah wanita lain memandangkan dia berada dalam keadaan uzur syar'i wp sbnrnya blh sj utk berpakaian sedemikian. Bagi suamiku, lelaki, memakai dua keping kain ihram putih tak berjahit.

Memandangkan destinasi kami terus ke Makatul Mukarramah maka bermakna kami akan berniat ihram di dalam kapal terbang semasa atau sebelum melintasi miqat iaitu Qarnul Manazil yg ditetapkan bagi jemaah yg dtg dr arah sini. Kami sudah memutuskan akan melakukan haji ifrad iaitu mengerjakan haji dahulu kemudian baru umrah yg bermakna kami terus berniat ihram haji d miqat Qarnul Manazil itu. Bg yg akan melakukan hj tamattu' iaitu mengerjakan umrah dulu kemudian baru hj, mrk hdklah berniat ihram umrah d dlm kt semasa/sblm melintasi miqat.

Selepas siap, aku melakukan solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Ini dipesan oleh suamiku utk melakukannya demi mensucikan hati dan diri dlm memulai perjalanan yg mulia ini. Ia di sudahi dengan solat sunat ihram dan solat sunat musafir sementara menanti waktu Subuh masuk. Sesudah menunaikan solat sunat sebelum Subuh dan solat Subuh aku turun ke bawah dan mendapati sahabat yang akan menghantar kami ke KTH Kelana Jaya sudah menunggu di ruang tamu. Begitu cepatnya, sdgkan suamiku baru balik dr surau tmn kami. Agaknya beliau ikut bersolat di sini bkn d rumahnya d Ulu Langat.

Jiran depan rumah kami suami isteri Hj H dan Hjh B dtg utk mengucapkan salam perpisahan dan pesanan-pesanan utk kami semasa berada d sana nanti. Kemudian dtg Abg Soh dan Hjh Zah. Hatiku yang sudah penuh mula berkocak apabila suasana perpisahan mula menampakkan wajahnya. Ku lihat wajah anak kedua kami yang sebegitu..dia menyorong beg besarku..kami bersalaman dan berpelukan..sebak..tak dpt mengucapkan kata-kata..

Kami bertolak lbh krg jam 7 pagi. Aku memeluk anak kecilku yang tercegat berdiri menunggu van sekolah dtg menjemput. Airmataku tidak dpt dibendung lagi. Aku bengang juga krn dia kelihatan selamba sj wp tadi sudah berlari mengejarku bertanyakan pakaian/peralatan sekolahnya. Agaknya dia pun gabra utk dtinggalkan.

Aku bersalaman dan berpelukan dgn Kak B dan Kak Zah. Aku menangis dan terus menaiki kereta, tidak tahan untuk memandang wajah anak kecilku itu. Tidak dpt kugambarkan perasaan hatiku utk berpisah dgn anakku yg tak pernah kutinggalkan. Ku dengar komen dr Kak B dan Kak Z ttg keadaan diriku yg sebegitu. Entahlah..aku sepatutnya tidak berkeadaan sedemikian. Spttnya pergi dgn tenang dan tiada rasa keberatan memandangkan pemergian kami untuk melakukan ibadah yang mulia pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Dr dlm kereta ku paksa utk menoleh ke arah anakku andainya itulah pandanganku yg terakhir manalah aku tahu. Wp tak tak dpt kutahan hati dan airmata aku tetap tidak ingin melepaskan peluang yang mungkin tak dpt kuraih lagi utk selamanya.

Mengiringi kereta yang kunaiki bersama suamiku ialah kereta anak sulong kami. Dia ditemani oleh adik-adik lelakinya, anak kelima dan keenam kami serta anak kecilnya NAI. Di KJ, muncul pula anak ketiga kami yg dtg bersendirian menaiki motosikalnya. Lagi luluh hatiku melihatkan mereka semua itu..tanpa anak kecilku bersama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan