Khamis, 21 Januari 2010

Dr ruang menungggu tadi kami menuruni tangga ke bwh semula utk menuju ke bas. Dlm bas aku duduk bersebelahan dgn anak saudaraku manakala suamiku duduk d seat bersebelahan kami. Memandangkan peluang utk menelefon/sms hylah sehingga sblm kami menaiki pesawat, aku menelefon adik bongsuku utk melangsaikan amanat2 terakhir ttg anakku yg bakal dipungutnya utk dibawa balik ke kg sblm raya haji nanti. Semasa itu kulihat beberapa sms baru termasuk drp KJun dan anak saudaraku KLong. Telefonku yg kebelakangan ini bermasalah membuat hal lagi d mana sms yg ku taip utk adikku asyik hang..sukar utkku menghabiskan taipan dan mengsendnya. Rasanya 4, 5 kali terjadi begitu barulah dpt ku hantar sms itu Jadinya sms yg lain terpaksa kutinggalkan tanpa berbalas.

Bas mula bergerak meninggalkan perkarangan KJaya..ttp berhenti slps 5, 10, 15 minit kemudian d luar perkarangannya..Aku agak ia menunggu kumpulan kesemua bas itu utk bergerak bersama2..agak lama juga d situ ttp aku tidak ingat berapa lama..akhirnya bas bergerak semula dan sampai d lapangan terbang.

Kami dberhentikan d sebuah ruang menunggu lagi d mana bersebelahannya dijadikan surau terbuka..kami diarahkan utk solat zohor dan asar secara jamak takdim. Aku menuju ke bilik air yg terletak d sebelah kiri ruang menunggu itu. D sana sudah kedapatan jemaah wanita lain juga. Kami beratur utk mendpt giliran ke tandas dan kemudian beratur utk mengambil wudhuk pula d sinki. Semuanya okey dan berhemah bagiku..

Selesai d situ aku kembali semula ke ruang tadi. Utk memasuki surau agak berasak juga krn pertembungan antara jemaah yg sudah selesai solat hendak keluar dan jemaah yg baru hendak masuk solat sdgkan daun pintu hy dibuka sblh shj.

Kami yg menunggu utk masuk memutuskan membiarkan jemaah yg hendak keluar, keluar terlebih dulu utk mengelakkan kesesakan d pintu masuk dan d dlm ruang solat..hasil kesabaran dan pertimbangan yg betul kesesakan menjadi reda..tp kami menjadi antara org teakhir bersolat sdgkan panggilan mula kedengaran utk menaiki pesawat.

Aku tidaklah risau sgt sbb tempat solat itu terbuka dan hy berdindingkan seutas tali yg terentang. Dr ruang menunggu anak saudara dan suamiku blh melihatku dgn jelas. Wp demikian handphoneku mula berdering..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan