Sabtu, 20 Februari 2010

Rabu 18 Nov 2009/1 Dzulhijjah

D hjg deretan kedai tadi antara landmark yg ditunjuk oleh Th iaitu kedai aiskrim, sementara d sisi satu lagi ialah restoran KFC yg menghadap dataran d dpn masjidil haram.

Dataran ini kelihatan spt kawasan ini baru diratakan dan ditaburi kerikil serta dipenuhi beburung merpati dan makanan2nya yg dtabur. Dgrnya byk bangunan2 hotel berhampiran masjid diroboh dlm 2, 3 thn kebelakangan ini utk pembinaan/penyusunan semula.

Oh ya, sblm terlupa, beburung ini termasuk dlm salah satu larangan dlm ihram. Iaitu berkaitan larangan tidak blh berburu binatang buruan darat d tanah suci. Larangan ini tidak terhad kpd sesiapa yg berada dlm ihram sj ttp adalah larangan sepjg masa utk sesiapa yg dtg ke tanah suci. Melanggar larangan ini dikenakan dam tertentu. Cthnya jika kita dgn sengaja menghalau/mengejar beburung ini dan menyebabkan sehelai bulunya gugur kita dikenakan dam memberi makan seorg fakir miskin d Makkah yg kadarnya semasa kami mula2 tiba d sini ialah SR6. Jika gugur 2 helai maka damnya SR12 dan jika gugur 3 helai dan ke atas damnya ialah SR60.

Dr hjg deretan kedai ini kami melintas jln dan merentas dataran berkerikil itu secara menyerong ke kiri sblm memasuki pintu pagar masjid. Terus bergerak ke bwh merentas perkarangan/dataran masjid d sisi tebing bukit istana raja yg terletak d sblh kiri kami.

D satu tiang tinggi d tepi tebing bukit istana itu petugas memberi arahan kpd yg ingin menyimpan kasut/selipar pdnya memasukkan ke dlm beg plastik hitam besar yg dbawanya. Dia memberitahu akan menunggu d situ selama 2 jam yakni masa yg diberi kpd kami utk memberesi urusan tawaf dan saei. Jika kami terlewat dr masa yg dberi, kami dkehendaki pulang sendiri dan menuntut kasut/selipar d maktab. Sesiapa yg hendak menyimpan sendiri selipar juga blh berbuat demikian.

Petugas juga berpesan suami hendaklah memegang isteri masing2.

Aku dan suami meninggalkan selipar kami kpd petugas dan melangkah ke pintu/babusSalam. Tgnku memegang kuat kpd lengan suamiku. Jemaah yg ramai td dah entah kemana.
Rabu 18 Nov 2009/1 Dzulhijjah

Selesai Taklimat, kami diarah turun ke bwh utk bergerak ke masjid. Hatiku menjadi risau takut aku tidak berdaya lantaran perjalanan yg pjg dan krg sgt rehat. Aku takut kepeningan dan kemungkinan pengsan/pitam krn badanku terasa spt mahu terhoyong hayang. Aku bertanya kena terus pergi ke? Suamiku jwb yalah. Aku memandang mukanya meminta pengertian. Ttp dia terus bergerak menyertai jemaah lain yg mula beratur d muka pintu maktab.

Lafaz talbiah mula bergema.

Labbaikallaahumma labbaiiik. Labbaika laa syariika labbaik. Innalhamda wa ni'mata laka walmulk. La syariikalak. Aku dtg kpdMu ya Allah aku dtg. Aku dtg kpdMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku dtg kpdMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat dan kerajaan adalah milikMu. Tiada sekutu bagiMu.

Aku melangkah d sisi suamiku mengikuti para jemaah lain keluar dr pintu maktab ke jln raya. Anak saudaraku tidak menyertai kami lantaran uzur syar'i.

Dlm ketidakyakinan, dlm kebimbangan aku memulakan langkah. D luar bangunan kelihatan lbh ramai jemaah melangkah menyusuri jln. Kelihatan olehku seorg tua yg berjln dgn terhencot2. Aku menyoal diri ttg keupayaanku berbanding dgn si tua itu..ah kenapalah dgn diriku ini, begitu pesimis.

Jln dr maktab kami ke masjid menuruni bukit. Kami dpandu oleh petugas dgn menunjukkan landmark2 yg tlh dtaklimatkan dskrin putih td. kelihatan pula olehku seorg tua yg disorong d atas kerusi roda. Ah aku hampir menangis diaju oleh persoalan2 dlm benakku. Mengapa aku merasa tidak yakin sdgkan situa yg berjln terhencot2 td aku nampak spt bersendirian sj dan melangkah dgn penuh kemahuan. Dan yg berkerusi roda mahu/sanggup dtg dr sebegitu jauh utk melaksanakan ibadah ini.

Ya Allah ya tuhanku, berilah aku kekuatan. Aku berdoa d dlm hati. Ya Allah ya tuhanku berilah aku kekuatan agar dpt aku tempohi segala cabaran, agar dpt aku laksanakan fardu hajiku dgn sempurna. Aku berdoa agar aku tidak pengsan krn kutahu ia bkn sekadar akan menggendalakan aku ttp juga suamiku.

Kami terus berjln menuruni bkt. Jln itu menyerong dlm 15 darjah ke kiri. Kami memerhatikan landmark2 yg tlh dpapar d skrin td sbg panduan utk perjalanan pulang nanti. Oh ya, semasa pergi ini kami dpandu petugas ttp utk pulang kalau kami terlewat terpaksa pulang sendiri.

Akhirnya kami kami sampai d simpang 4 dan membelok ke kiri. Ku lihat d kiri kanan jln ada bangunan2 dan kedai2. D atas satu dua bangunan kedapatan org berkumpul dan spt ada ucapan2.

Kami tiba d hujung deretan kedai2/bangunan2 d mana d sblh kirinya tebing bukit dan sblh kanan jlnnya terdpt dataran terbuka. Dr sinilah aku melihat masjidil haram.

Labbaikballahumma labbaiiik. Labaika laa syariika labbaiiik. Innalhamda wanni'mata laka wal mulk. La syariikalak. Aku dtg kpdMu ya Allah aku dtg. Aku dtg kpdMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku dtg kpdMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milikMu. Tiada sekutu bagiMu.

Sabtu, 6 Februari 2010

Rabu 18 Nov 2009

Ceramah I antara isinya ialah memberi informasi ttg hotel tempat kami ditempatkan, lokasinya, siapa tuan rumah kami, siapa isi rumah kami dan jumlah penghuni yg seramai lbh krg 7,000 jemaah, semuanya dr Msia. Terbhg kpd 3 maktab iaitu maktab 75 di tingkat 1 hingga 6, maktab 76 tingkat 7 hingga 11, dan maktab 77 di tingkat 12-15.

Juga diberitahu di mana klinik2 utk setiap maktab ditempatkan, cthnya untuk maktab 75 d tingkat 2, maktab 76 d tingkat 7, dan maktab 77 d tingkat 12 rasanya. Emergency pula d tingkat P. Selain Emergency, tingkat P juga mempunyai surau umum dan parking.

Pusat maktab berada d tingkat G. Selain itu, kaunter pertanyaan, bilik air, cafeteria, pusat guru bimbingan agama, kaunter pengeluaran dan penyimpanan, kaunter farmasi, kedai dobi, ruang telefon (I-Talk) dan TV, ruang duduk2, kedai buku + kaunter batu permata d dpnnya, kedai karpet dan sejadah + kaunter minyak wangi d dpnnya dan kaunter kunci. D bhg belakang lobi pula kedapatan pusat bimbingan haji, pusat kaunseling dan pusat tiket dan jadual penerbangan. Sbnrnya hotel ini adalah ibu pejabat Th di Makkah.

Jarak hotel ini dr Masjidil Haram adalah 800m bersamaan dgn 1/2 batu lbh krg.

Kami juga ditaklimatkan dgn landmark2 dr hotel ke Masjidil Haram. Selain taklimat ini adalah taklimat mengenai tawaf (umrah dan qudum) dan saei (umrah dan haji) yg bakal kami lakukan slps ini. Diberitahu sekejap lagi kami akan dbawa ke masjid. Sbnrnya semasa sblm turun dr bas sudah diberitahu akan hal ini krn Th memahami ada jemaah2 yg sudah tidak sabar2 lagi utk ke AlHaram.

Khamis, 4 Februari 2010

Rabu 18 November 2009 1 Dzulhijah


Menghampiri waktu Subuh kami bersiap dan turun ke surau d tingkat P. Krn aku turun dah tinggal seminit dua sblm masuk waktu, ruang utama solat sudah penuh dan melimpah hingga ke lobi lif. Fikirku, ramai juga yg tidak ke masjid..

Dr ruang lobi, kami agak keliru dgn arah kiblat sbb lorong yg menghubungkan ruang solat d bhg dpn tu menyerong dan kedudukan lobi ikut menyerong. Wp Th dah menampalkan arah qiblat d dinding tp kami tak perasan. Juga suara imam hampir tidak kedengaran bercampur pula dgn suara imam dr kumpulan jemaah lelaki yg turun lebih lewat yg tak dpt menembus ke ruang solat d dpn mendirikan solat jemaah kedua d belakang barisan saf wanita.

Selesai solat aku naik semula ke tingkat 11. Sarapan pagi diagihkan d lobi lif tingkat kami. Rasanya nasi..hmm..mewah juga nasi d negara Arab ni..Sarapan itu dpack rapi utk kemudahan kami mengambil dan membawanya ke bilik. Masih rasa kenyang sbb makan bertindan2 sejak dr dlm perjalanan seharian yg pjg. Tak lama lps itu kami berkumpul semula d lobi lif tingkat kami itu utk mendgr taklimat ketibaan/ceramah 1. Rupanya semua aktiviti KT 90 berpusat d lobi lif tingkat ini. Yalah kami semua pun dtempatkan d tingkat ini.

Semua duduk d lantai dgn beralaskan tikar yg dibekalkan oleh Th sumbangan TM. Sbnrnya rasa terharu dan berterima kasih dgn penaja2 yg menaja barangan keperluan jemaaah hj semasa berada d tanah suci.

Sbnrnya semasa berkursus haji perdana d Masjid Putrajaya lagi seorg kawan yg turut berkursus memberitahu thn ini ada 11 syarikat yg memberi sumbangan/gift. (Tak taulah beliau mendpt tawaran mengerjakan haji ke tidak thn ini sbb semasa berkursus hari tu statusnya masih standby).

Semasa kami mengambil beg sandang (sumbangan TM) dr Th Maju Junction tempohari kami dapati penuh d dlmnya antaranya, tikar (sumbangan Tm juga), beg sejadah sumbangan Sapura, selipar jepun dan uncang selipar sumbangan Bank Islam, uncang batu sumbangan Agrobank, beg kosong sumbangan Safwa Health, losyen haji sumbangan ..., pad/panty liner sumbangan Poise, kari ayam dlm tin sumbangan Ayamas, berus gigi, ubatgigi dan ubatkumur sumbangan Colgate, vitamin c, ubat kumur, ubat sakit tekak sumbangan glaxo kalau tak silap..

Beg leher dan lencana leher sumbangan TM juga ttp kami kutip d Kelana Jaya pd hari bertolak.

Isnin, 1 Februari 2010

Rabu 18 Nov 2009/1 Dzulhijjah

Kami tiba juga d maktab akhirnya. Mungkin pukul dua pagi waktu Arab Saudi. Waktu Malaysia dlm 7 pg. Maknanya genap 24 jam dr jam aku dan suami bertolak dr rumah pagi semlm. Sblm turun dr bas diberitahu bagasi blh diambil d tingkat msg2. Masa d Kelana Jaya sblm terbang tadi dah dilekatkan sticker maktab/no. bilik pd bagasi besar, beg sandang, beg leher dan lencana nama. Juga diberitahu kami adalah grup terakhir yg memenuhkan Hotel Abraj Janadriah utk menjadikan jumlahnya 7,000 jemaah.

Ditaklimatkan juga bhw setlh masuk ke bilik kami blh berehat/tidur sekejap menantikan menjelang waktu Subuh pd pukul 5.15 pg. Solat Subuh d surau tingkat P tempat kami diturunkan dr bas ini dan slps Subuh ada taklimat utk ketibaan/ceramah I. Sarapan utk hari pertama dsediakan. Utk muassasah makan tgh hari dan mlm disediakan ttp sarapan sendiri.
Turun dr bas kami terus memasuki hotel menuju ke lobi lif. Semua jemaah dr kt kami dtempatkan d tingkat 11 dan diasingkan mengikut jantina..biasalah tu kan. Aku dan anak saudaraku menuju ke bilik 1144B di mana kami ditempatkan. Buka pintu bilik, ada sebuah sink d sebelah kiri dan sebuah peti sejuk bersaiz sederhana. D atas peti sejuk kedapatan sebuah jug kettle pd mulanya kami ingat dbawa oleh salah seorg dr ahli bilik kami.D seblh kanan adalah bilik air yg memuatkan sebuah sink, sebuah mangkuk tandas dan sebuah petak mandi kecil d lantai d bwh shower.

D dlm bilik tu sudah ada 2 jemaah wanita yg sdg duduk2 d dua buah katil yg dletakkan sederet d seblh kiri. 2 buah katil d belah kanan masih kosong lantas diambil olehku dan anak saudaraku. Aku memilih sudut yg terselindung dr pintu masuk agar tidak kelihatan apb sesiapa shj menjengah d pintu bilik kami secara tiba2. Mmg dah biasa kedengaran kes/rungutan sedemikian kan. Manakala anak saudaraku memilih katil d bwh aircond. Sebuah lagi katil yg setentang dgn pintu masuk dan membelakang tingkap menunggu penghuninya. D atas kesemua katil tersedia satu pack yg kami ingatkan pack makanan lg pd mulanya tp rupanya uncang teh dan gula serta coffee malt d dlmnya.

Waktu tu dlm pukul 3 pagi waktu Arab Saudi. Kami berlima mengemas barang keperluan sambil bersuai kenal. Nak tidurpun aku takut tak terbangun waktu Subuh nanti. Aku jenis yg tak reti nak tidur sekejap-sekejap, sukar nak lelapkan mata dan sukar pula nak bangun nanti. Bagasi besar kami sorongkan ke bawah katil dgn isi2nya sekali kecuali mengeluarkan kasut, selipar, hanger dll. Yg ditinggalkan kat dlm tu adalah pakaian sbb almari pakaian tidak dsediakan. Almari lain tak ada.

Beg sandangku berisikan buku2 panduan haji dan sepersalinan pakaian dll keperluan utk bekalan dlm perjalanan kuletakan di ruang antara katilku dan anak saudaraku. Ku sangkutkan beg leher yg septtnya berisikan dokumen ptg yg mesti sentiasa dbawa bersama ke mana2 tu di satu tiang kepala katil. Sbnrnya dokumen ptg kami hylah pasport (yg disimpan oleh sapa entah yg dikutip semasa kami mula2 menaiki bas tadi), buku rawatan kesihatan (mmg aku simpan dlm beg leher) dan lencana nama yg disangkut di leher sepjg masa spttnya. Lencana nama itulah tanda pengenalan kami yg juga diguna utk mengeluarkan wang simpanan dr Th sepjg berada d tanah suci. Selain lencana nama, tanda pengenalan kami ialah gelang rantai besi yg tertera nama dan IC no. kami yg kami pakai d lengan. Kad pengenalan, lesen memandu, buku akaun simpanan tidak perlu dbawa, semuanya dtinggalkan d M'sia.

Selain buku rawatan kesihatan yg aku selitkan dlm poket beg leher ialah buku panduan doa haji, maathurat dan sebuah buku kecil yg diedar semasa mula2 menaiki bas tadi juga sebtg pen. Dlm ruang utama beg leher ni aku isi dgn cermin mata membacaku yg baru siap ditempah sblm kami berangkat ke tanah suci yg masih kemas berada dlm kotaknya. Cermin mata hitam, sapu tgn dan pad juga ku masukkan sekali.
Selasa 17 Nov 2009

Sambil duduk/baring menunggu aku melihat selps satu satu kterbang dilancar ke udara. Aku pun tak tahu kterbang mana dr negara apa. Yg pastinya adalah kterbang2 yg menghantar kami dr seluruh pelusuk dunia ke tanah suci ini. Sekali lagi hati ini terharu..

Sambil menunggu2 itu juga kami membuka beg plastik berisi bekalan/snack yg dhulur oleh pramugari MAS semasa melangkah turun dr kt tadi. Tertera di beg plastik tu LSG Sky Chefs Brahim. Muffin kek, biskut, gula2 hack dan mineral water. Aku tak lupa mengambil sbg cenderahati set pisau sudu garfu dr hidangan makan dlm kt yg kami naiki..nak tergelak pun ada. Tp suamiku pun turut bg set dia utk aku simpan sekali.

Kulihat dlm 3 m d dpn kami seperti sebuah keluarga ku agak dgn sepasang suami isteri dan seorg anak kecil perempuan d lingkungan 8, 9 thn sedang membuka bekalan juga. Hm..bgmn mrk dpt membawa anak kecil sdgkan aku tak berani utk membawa anak kecilku sekali wp hati ingin berbuat demikian. Aku yg baru pertama kali ke sini dgn cabaran2 yg bakal kami hadapi dan thp kecergasanku, suami dan anak saudara bknnya excelen sgt.. tp ok la sbb utk knk2 ni kalau buat haji, haji mrk sah/dterima tp kefardhuan tidak gugur..maksudnya bila cukup umur nanti dia tetap wajib menunaikan fardhu hj.

Akhirnya kami diarahkan menaiki bas juga. Aku pun dah tak ingat pukul berapa. D atas bas kami dserahkan kpd pihak Arab Saudi dan pasport kami dikutip u dsimpan o mrk. Em..mcm tu ke..mcm tu lah kata anak saudaraku. Kami dialu2kan dgn ucapan dan buah tgn/gift. Packed nasi diedarkan. Nasi berwarna kuning dan ayam. Memandangkan kami sudah kenyang sbb dah mkn mlm kat dlm kt dan snack kat airport, aku hy ambil 1 pack utk aku dan anak saudaraku. Kongsi ajelah, sbb dia ckp tak nak mkn dan ngantuk nak tidur..

Bas mula bergerak meninggalkan airport menuju kota Mekah..dlm perjlnan aku terpejam2 lantaran kantuk ttp kugagahkan membuka mata..krn aku tak nak terlepas saat2 aku mendatangi kota suci ini. Dlm meredah kegelapan mlm aku tetap terpejam2. Sekali sekala dpt kubuka mata dan melihat d luar sana..lampu2 jln dan sekitar yg memancar dr kejauhan.

Labbaikallaahhumma labbaiiik. Labbaika. Laa syariika labbaiiik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. Laa syariikalak.

Aku dtg kpdMu ya Allah aku dtg. Aku dtg kpdMu. Tiada sekutu bgMu. Sesungguhnya pujian, nikmat dan kerajaan milikMu. Tiada sekutu bagiMu.

Lafaz talbiah ini sunat dibaca berulangkali dr slps kita berniat ihram hj atau umrah d miqat td.

Aku tidak pasti berapa lama dan berapa jauh kami travel..bila ku ternampak je rumah2 ku buka buku panduan doa utk ku baca doa apabila mula2 terlihat rumah2 d Kota Mekah..entah berapa kali aku berbuat demikian krn sememangnya aku tidak pasti bila/adakah kami tlh touch kota itu..Sbnrnya buku panduan doa ini tlh disusun mengikut tertib perjalanan/pekerjaan haji. Dan mmg ada doa khusus untuk memasuki Kota Makah/Madinah. Begitu juga doa pertamakali melihat Kaabah dan doa2 lain.

Akhirnya kami berhenti d satu stop..aku masa tu tak tau itu adalah check point. Lps tu bas bergerak semula hingga akhirnya bas memasuki bandar Makkah dan berhenti di tepi sebuah bangunan dan kami dperkenalkan kpd pejabat muassasah maktab 76..rasanya..lps tu bas bergerak semula..

Kemudian melalui satu jln dan suami serta anak saudaraku menunjukan kpdku masjidil haram..tak dpt kulihat sepenuhnya hy d bhg tepi shj..Kaabah tak kelihatan..wp aku dah ready nak baca doa pertama kali melihatnya. Bas pun bergerak tanpa menghiraukan aku yg tertinjau2 itu..
Selasa 17 Nov 2009 Lapangan Terbang Jeddah

Dlm menunggu utk melalui pemeriksaan keluar, suamiku memberitahu utk ke bilik air. Kulihat beberapa jemaah lain mula bgn utk ke bilik air juga. Anak saudaraku bertanya kpdku kalau aku mahu menyertai jemaah2 itu. Mmg terlintas d fikiranku utk segera bersuci dan berwudhu krn aku mkn mengambil masa yg lbh lama dr org lain utk menyelesaikannya wp tlh dberitahu o petugas Th tadi kami juga blh bersolat d tempat menunggu bas setlh keluar dr laluan2 pemeriksaan.

D bilik air balai ketibaan kami beratur dan menunggu giliran. Rasa begitu berhemah sekali. Mmg jelas d ingatan pesanan2 pengkursus haji dan juga teman2 yg tlh mengerjakan hj termasuk ibu dan kakak iparku. Terdgr komen2 dr jemaah2 trsbt..hm..ni baru d airport bkn d masjidil haram lagi sambil gelak2 kecil. Komen2 itu kusambut dgn senyuman dan wajah yg ceria wp hati berdebar dgn cabaran2 yg bakal dlalui..adakah aku berjaya menerusinya..

Alhamdulillah, lancar di tempat perwudhu'an lantas aku keluar dan menyertai jemaah2 bersolat d lantai balai ketibaan bersebelahan dgn bilik air itu dgn beralaskan tikar sumbangan TM dan sejadah sumbangan Sapura yg dibekalkan oleh TH. Jemaah lelaki d bhg dpn dan kami jemaah wanita d belakang. wp tempat yg dihadang ala kadar itu sempit ttp kami dpt menunaikan kewajipan dgn baik sekali. Alhamdulillah.

Sebaik selesai, kami diarahkan bergerak keluar dr balai menuju ke tingkat G utk melalui lorong2 pemeriksaan keluar. Ah kelihatan agak ramai jemaah dr negara lain sdg beratur d situ. Tak silap dr India pun ada. Suamiku suka mengusik, "ha tu mak2 sedara awak ada tu.." Ah hatiku begitu terharu melihat mrk2 yg senegara dgn negara asal bapa kpd bapaku.. Mmg hatiku tidak pernah menafikan mrk adalah saudara2ku wp ramai yg suka memandang rendah kpd bangsa dr ng ini..cuma aku tidak tahu yg mana satu sedarah dgn ku.

Kami dibariskan mengikut negara. Aku dah lupa pemeriksaan pertama itu apa. Keluar d situ kami diarahkan mengambil bagasi yg juga diloggokan mengikut ng. Stlh mengambil bagasi kami diarahkan keluar dan melalui dan melalui satu lagi kaunter pemeriksaan. D luar sekali, melalui di atara dua deretan meja utk pemeriksaan terakhir dan diberikan tiket2 bas yg dlekatkan terus ke pasport kami. Aku pun bkn fhm sgt benda2 yg dlekatkan tu..hy scan je..

Seterusnya kami ke tempat menunggu bas TH yg bersebelahan dgn surau Th. Tandas pun ada d situ. Suamiku terus pergi menunaikan kefardhuannya.

Agak lama juga menunggu d situ. Wp kami nampak ada deretan bas sedia menunggu. Sekumpulan jemaah Msia kelihatan menunggu berasingan dr kami. Tak tahu kenapa. Mungkin mrk dtg dgn pakej ataupun kt lain. Mrk juga menaiki bas lbh awal.

Kami membentang tikar d lantai luar airport itu. Hm..pengalaman spt yg pernah diceritakan oleh mrk2 yg menunaikan hj terlebih dahulu. Mula2 aku duduk bersendirian. Kemudian suamiku menyertai. Lps tu anak saudaraku menyertai. Aku beritahu suamiku penat dan mengantuk. Tidurlah katanya..wp agak segan utk berbaring d tempat terbuka tu..tp aku dan anak saudaraku baring juga dgn mengalaskan beg sandang d bwh kepala kami. Bagasi tlh disambut o petugas Th semasa keluar dr tempat pemeriksaan terakhir tadi.
Selasa 17 Nov 2009

Lenguh juga rasanya duduk berjam2 d dlm kt. Mungkin sbb kami pergi dgn muassasah maka kami dtempatkan d kelas ekonomi. Aku pula duduk tersepit d tgh2 antara anak saudaraku dan suamiku. Kalaulah badanku ini bersaiz biasa rasanya kesempitan itu tidak ketara. Dgn berat badan melebihi 90kg apalah nak dikata..Tp kelenguhan itu tidaklah mengatasi keeageranku terbang d langit tinggi menuju ke negeri yg jauh yg tak pernah kujangkaui..

Menghampiri destinasi, pengumuman mula dbuat utk memberitahu para penumpang/jemaah pendaratan bakal dlakukan. Dpt dirasakan kt mula merendahkan ketinggian secara berperingkat-peringkat. Perlegaran dilakukan dan kt semakin rendah utk mencecah bumi. Aku berdoa d dlm hati agar pendaratan lancar dan kami tiba dgn selamat.

Lampu2 mlm mula kelihatan dr bwh sana. Aku menyuruh anak saudaraku merakamkannya ke kamera. Aku tahu ada yg ingin turut menyertai pengembaraan kami wp hy sekadar dr lensa kamera digi..

Hati entah bagaimana utk kugambarkan. Tempat tujuan sudah hampir kujejakkan kaki.

Apabila kt mencecah landasan kulihat banyaknya kt yg sudah berada d lapangan. Oh begini terasa betapa tempat ini dikunjungi sebegitu ramai dr seluruh dunia dgn tujuan yg hy satu, sptku. Apatah lagi hari wukuf hy tinggal sedikit lbh dr seminggu.

Kt merapati balai ketibaan. dan kami diarahkan turun setlh diucapkan selamat jln dan selamat bertemu lagi d penerbangan pulang. Suamiku menurunkan beg2 sandang kami. Kami menuruni kt dan terus disambut d balai ketibaan oleh petugas Th juga petugas lapangan. Di situ kami diminta duduk dan menunggu untuk melalui pemeriksaan keluar yg mungkin lama krn jemaah2 dr negara lain juga sdg tiba dan berbaris utk keluar dr airport.

Suamiku memberitahu untuk ke bilik air. Aku pula melihat jemaah mula bergerak ke bilik air, utk mengambil wudhuk barangkali, membuat keputusan utk menyertai mrk. D bilik air kami beratur dan menunggu.

Khamis, 21 Januari 2010

Selasa 17 Nov 2009 Masih dlm Kt

Dlm kt setiap penumpang disediakan dgn sebuah skrin tv yg diletakan d hadapan setiap kami/d bahagian belakang kepala seat penumpang dpn. Kami blh memilih beberapa saluran ttp yg dkhususkan utk kami ialah penerangan ttg cara2 mengerjakan haji dan doa2nya juga informasi penerbangan spt ketinggian, jarak penerbangan, jarak tlh dilalui, jarak bakal dilalui, masa tlh terbang, baki masa akan terbang dan masa dijangka tiba serta masa bertolak. Kedudukan kt juga ditunjukkan mengikut peta/jalur penerbangan. Alat pendengar telingan juga diedarkan di awal penerbangan tadi.

Bilik2 air kedapatan di hadapan dan belakang kami. Arah tunjuk menunjukkan penumpang dr tempat duduk kami hdklah menggunakan bilik air yg terletak d bhg plg belakang/ekor kt. Aku ada 2 kali ke tandas dan mencuba dua buah bilik air yg ada di situ. Wp sempit ttp ia dibina bersesuaian dgn kedudukan dan ruang yg ada menjadikannya agak mudah utk digunakan.

Makan mlm juga dsediakan. Aku dah tak ingat pukul berapa tp mungkin masih mengikut waktu M'sia. Dlm kt kembali sunyi krn rasanya ramai jemaah tertidur melainkan alunan doa2 tawaf dan saei dr skrin tv yg tergantung d siling kt.

Slps 7 jam rasanya terbang, lbh krg pukul 9.30 mlm waktu M'sia, pengumuman bhw miqat sdg dihampiri dan peringatan agar para jemaah perlu bersedia utk berniat ihram haji/umrah dibuat. Pengumuman ini diulang setiap 1/2 jam rasanya sehinggalah 15 minit yg terakhir sblm miqat ii lbh krg sejam sblm kt mendarat di Arab Saudi. Suamiku mengingatkan spy kami berniat akhirnya. Serasa spt aku mendgr lafaz talbiah perlahan berkumandang di udara dr bwh kt yg kami naiki. Aku menyuruh anak saudaraku memasang pendgr telinga tp katanya tiada kedengaran talbiah trsbt.

Labbaikallaahhumma labbaiiik. Labbaika. Laa syariika. Labbaiiik. Innalhamda wa ni'mata la syarika laka wal mulk.

Aku dtg kpdMu Ya Allah aku dtg. Aku dtg kpdMu. Tiada sekutu bgMu. Aku dtg kpdMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat dan kerajaan milikMu. Tiada sekutu bagiMu.

Tidak lama mula kelihatan jauh di bwh sana spt padang pasir. Masa tu hari masih siang/ptg blm ditelan kegelapan. Aku tidak melepaskan peluang utk meninjaunya yg kuintai dr celah2 tingkap dan celah2 sayap pesawat. Tidak lama slps itu hari mula gelap..
Selasa 17 Nov 2009 Dlm KTerbang

Selesai solat kami menyeret beg sandang terus menuju ke kapal terbang. Kami dipersilakan masuk oleh pramugari yg bertugas dan ditunjukarah ke 'ground floor' kt itu. Kami mencari nombor tempat duduk yang agak ke belakang hingga nampak perut kapal terbang yg makin menyempit dan kecil d bhg ekornya. Aku nampak tadi petugas TH yg dah biasa melead kami semasa kursus haji perdana d PJaya menaiki tangga ke bahagian atas/tingkat 1 kterbang.

Tempat duduk kami adalah d bhg tepi sblh kanan dgn 3 seater, manakala tempat duduk bhg tgh ada 4 seater dan d tepi d sblh kiri pun 3 seater. Kami dtempatkan d bhg yg bersebelahan dgn kabin tempat makanan dsediakan. Anak saudaraku mengambil tempat duduk d tepi tingkap, aku d sblh kirinya manakala suamiku d sebelah kiriku. Sblm itu suamiku memasukkan beg sandang kami ke dlm tempat brg d atas kepala kami stlh kukeluarkan buku panduan haji yg kubeli semasa berkursus haji d Bukit I dulu. Hrp2 ada masa utk khatam buku ini sblm sampai ke destinasi agar lbh fhm dan jelaslah pekerjaan haji kami nanti.

Pengumuman penerbangan dibuat oleh juruterbang dan langkah2 keselamatan ditunjukcarakan oleh para pramugari. Aku yg teramat jarang menaiki kt mengambil perhatian. Sementara itu kterbang mula bergerak menuju landasan. Hatiku berdebar-debar sementara menunggu kt memecut dan mendongak meninggalkan landasan. Akhirnya kami berada d udara. Sedikitpun aku tidak ingin terlepas saat2 itu. Aku melihat perlahan2 pemandangan daratan dtinggalkan. Tidak lama, tiada apa lagi yg hdk dsaksikan. D luar hylah langit biru dan awan putih bergumpal2.

Terbang d udara dlm pesawat yg besar dan ramai penumpangnya serasa spt berada dlm sebuah kapal angkasa. Begitu stabil sekali. Sesekali terasa gegaran. Agaknya kt meredah awan dan semakin menjangkau ketinggian. Pramugari mula menghidangkan makan tengahari. Mrk begitu relax sekali wp kt adakalanya bergoyang. Aku d dlm hati hy menghrpkan kami selamat dlm penerbangan.

Perjalanan kami ini jauh dan pjg. Hari kami juga akan menjadi lbh pjg drp biasa, dgn tambahan 5 jam kpd 24 jam. Sbb perjalanan kita menghala ke belakang. Maksudku menentang masa. Sukar juga utk dterangkan. Mungkin mudah dgn begini..kami bertolak pukul 2.30 ptg waktu M'sia. Perjalanan akan mengambil masa dlm 8, 9 jam. Dan kami akan sampai di Arab Saudi lbh krg pukul 11, 11.30 mlm waktu M'sia ttp adalah pukul 6, 6.30 ptg waktu Arab Saudi. Ataupun dgn cara begini..kami solat jamak takdim asar dlm waktu zohor d KLIA dan akan solat jamak takdim isya dlm waktu maghrib d lapangan terbang Jeddah..perjalanan yg kelihatan spt sekejap..dr waktu zohor ke waktu maghrib..spt 4 jam sj ttp sbnrnya 8 jam..sdgkan negeri yg tlh kami tinggalkan sudah mula tidur d kejauhan mlm sdgkan kami baru memasuki permulaan mlm semasa mendarat d lapangan terbang Jeddah nanti..

Aku tertidur juga wp cuba utk tidak melepaskan peluang merasai/menghayati segenap detik perjalananku.
Dr ruang menungggu tadi kami menuruni tangga ke bwh semula utk menuju ke bas. Dlm bas aku duduk bersebelahan dgn anak saudaraku manakala suamiku duduk d seat bersebelahan kami. Memandangkan peluang utk menelefon/sms hylah sehingga sblm kami menaiki pesawat, aku menelefon adik bongsuku utk melangsaikan amanat2 terakhir ttg anakku yg bakal dipungutnya utk dibawa balik ke kg sblm raya haji nanti. Semasa itu kulihat beberapa sms baru termasuk drp KJun dan anak saudaraku KLong. Telefonku yg kebelakangan ini bermasalah membuat hal lagi d mana sms yg ku taip utk adikku asyik hang..sukar utkku menghabiskan taipan dan mengsendnya. Rasanya 4, 5 kali terjadi begitu barulah dpt ku hantar sms itu Jadinya sms yg lain terpaksa kutinggalkan tanpa berbalas.

Bas mula bergerak meninggalkan perkarangan KJaya..ttp berhenti slps 5, 10, 15 minit kemudian d luar perkarangannya..Aku agak ia menunggu kumpulan kesemua bas itu utk bergerak bersama2..agak lama juga d situ ttp aku tidak ingat berapa lama..akhirnya bas bergerak semula dan sampai d lapangan terbang.

Kami dberhentikan d sebuah ruang menunggu lagi d mana bersebelahannya dijadikan surau terbuka..kami diarahkan utk solat zohor dan asar secara jamak takdim. Aku menuju ke bilik air yg terletak d sebelah kiri ruang menunggu itu. D sana sudah kedapatan jemaah wanita lain juga. Kami beratur utk mendpt giliran ke tandas dan kemudian beratur utk mengambil wudhuk pula d sinki. Semuanya okey dan berhemah bagiku..

Selesai d situ aku kembali semula ke ruang tadi. Utk memasuki surau agak berasak juga krn pertembungan antara jemaah yg sudah selesai solat hendak keluar dan jemaah yg baru hendak masuk solat sdgkan daun pintu hy dibuka sblh shj.

Kami yg menunggu utk masuk memutuskan membiarkan jemaah yg hendak keluar, keluar terlebih dulu utk mengelakkan kesesakan d pintu masuk dan d dlm ruang solat..hasil kesabaran dan pertimbangan yg betul kesesakan menjadi reda..tp kami menjadi antara org teakhir bersolat sdgkan panggilan mula kedengaran utk menaiki pesawat.

Aku tidaklah risau sgt sbb tempat solat itu terbuka dan hy berdindingkan seutas tali yg terentang. Dr ruang menunggu anak saudara dan suamiku blh melihatku dgn jelas. Wp demikian handphoneku mula berdering..

Rabu, 20 Januari 2010

Selasa 17 Nov 2009 Pemeriksaan Demi Pemeriksaan

Tak banyak sbnrnya. Sambil berjln mengheret bagasi besar dan beg sandang..mula2 masuk pintu kaca tu dah disuruh pass beg besar melepasi garisan tali..Jadi kami hy menyeret beg sandang shj melalui pintu masuk yg kecil..akupun sudah lupa adakah pemeriksaan badan dibuat atau melepasi scanner badan d situ..

Dr situ kami ke kaunter utk mengambil tiket dan boarding pass. Perlu menunjukkan buku rawatan klinik atau lencana nama sbg bukti pengenalan diri. Semudah itu. Tetapi membuktikan ketelusan TH, pihak2 berkuasa berkenaan dan para jemaah. Seterusnya mengambil passport, menimbang bagasi, pemeriksaan buku kesihatan dan melepasi kawalan masuk dan beratur ke bahagian dlm kompleks..

Aku mengambil peluang masuk ke tandas apabila barisan beratur kami melewati tandas. Sblm memasuki ke bahagian scan beg sandang dan leher kulihat ramai jemaah meninggalkan botol-botol air minuman termasuk botol air spray di luar. Botol spray tu tentu nak digunakan buat berwudhu' dlm kt sbb air dan penggunaan tandas terhad tp sbnrnya penumpang tidak dbenarkan menggunakan air secara berlebihan krn dbimbangi mendtgkan bahaya kpd pesawat yg dipenuhi litar itu. Sbb itu juga difahamkan tidak dibenarkan sbrg jenis liquid dibawa..Jadi yg nak bawa spray tu mengosongkan menuangkan isinya ke pangkal pokok di pasu..Pttlah suamiku menyuruhku membawa spray tp tak payah isi air katanya. Aku tak paham pd mulanya. Tp sbnrnya spray tu utk standby semasa d masjidil haram/Arafah/Mina utk berwudhu' dan juga membasahkan muka sekiranya kepanasan.

Slps mengambil beg yg dah discan kami menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Di sana disediakan tempat duduk d dlm sebuah ruang menunggu sambil mendgr taklimat keberangkatan dr petugas TH. Sesetgh jemaah ke bilik air dan surau di sisi luar ruang itu utk menunaikan solat sunat musafir.

Sampai masa kami digerakan baris demi baris utk menuju ke bas. Aku mendgr bunyi keriutan ttp tidak memfokus mencari penyebabnya. Sehingga kusedari hy tinggal beberapa baris shj jemaah di depan kami. Rupanya apb barisan jemaah itu bangun menuju ke bas kerusi mrk diseret rapat ke depan agar memberi ruang yg besar utk jemaah di belakang bergerak maju pula..perihatinnya Th demi keefisyenan dan kemudahan jemaah haji.
Selasa 17 Nov 2009 Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Akhirnya pintu pagar tempat melapur diri telah dibuka. Ramai jemaah sudah beratur. Sebenarnya sedari awal lagi sudah diberaturkan bagasi-bagasi jemaah semasa pintu masuk masih belum dibuka lagi. Kami masih duduk-duduk. Kata suamiku lama nak kena berdiri tu. Sehingga hampir habis jemaah dan bagasi masuk barulah kami mula berdiri.

Apabila hampir memasuki pintu pagar/luar ke tempat melapur itu..aku berpatah semula..kelihatan WAA mendahului melangkah menyalamiku..kupeluk dan kucium dia..dikuti WAM'A..kupeluk kucium dia..diikuti WAM..dia berkata sesuatu kepadaku..tp aku tidak dpt menangkapnya..kutanya apa dia..dia kata ..ibu jaga diri..ku balas..awakpun jaga diri dan adik2 dan rumah..akhir sekali WM..dia hy menyebut sepatah kata..maaf..dgn tangisannya..kukata ..maaf juga..dan kirim salam buat K dan maaf..aku lupa adakah aku mencium si kecil itu..

Sambil masuk rasanya tak sanggup lagi utk memandang mrk dgn deraian air mata yg lebat..namun dr dlm pintu kaca masih mencuri memandang..terutamanya WAM'A..beralih ke hujung di sebalik dinding kaca itu aku menoleh sekali lagi dan mrk sudah tidak kelihatan olehku..
Selasa 17 Nov 2009 Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Sampai d KTH Kelana jaya kami terus ke khemah menunggu di mana bagasi-bagasi kami diletakkan. Sudah ramai juga jemaah yg sampai dan khemah menunggu d bhg dpn sudah penuh tapi khemah di bahagian belakang masih byk ruang kosong. Kami melangkahkan kaki menuju ke situ. Berdepan dgn khemah itu ialah khemah melapur diri yg masih blm dibuka.

Di sisinya ada sebuah kaunter. Kami dapati ia adalah kaunter tempat mengambil lencana dan beg leher. Tempat beratur dibezakan mengikut jantina dan pangkal abjad nama. Beg leher berwarna hijau gelap berlambangkan Telekom Malaysia terus dperoleh manakala lencana nama perlu dbuat terlbh dulu. Kami blh menyerahkan buku rawatan klinik ataupun sekeping gambar pasport utk dscan. Semudah itu. Tak payah pakai IC. Oh ya, IC sudah ditaklimatkan tak perlu dbawa ke tanah suci demikian juga buku akaun simpanan apatah lagi lesen memandu.

Sementara menunggu, yg katanya blh siap/check dlm masa sejam, aku menelefon ibu d kampung utk memaklumkan kedudukan kami. Dia bertanyakan anak kecilku.. yg kujwb ringkas dan tak dpt dperpjgkan lg lalu kuserahkan telefon kpd suamiku..

Lps itu kami mencari arah ke kantin utk bersarapan pagi. Aku suami dan WAM'A sarapan dulu sementara yg lain tunggu bagasi di khemah. Di kantin aku menangis lagi. Sehingga apabila abgku yg menghantar anak saudaraku muncul dan bertanya adakah aku sakit mata..sbnrnya mrk sekeluarga hampir kesemuanya sdg diserang wabak sakit mata..

Selesai di kantin kami turun semula ke khemah dan aku menuju ke khemah anak saudaraku dan kakak iparku berada.

Di sana tiba2 kakak iparku ditegur oleh seseorang yg djwbnya dgn mengantar anak dan adik ipar..terus di tokoknya isteri Wan. Mengagak beliau seseorang yg mengenali suamiku kutanya kakak iparku siapa. Jwbnya Datuk A..Oo..aku mengenali Datuk A tp hari itu aku tak dpt mengecamnya. Kutanya Datuk hantar sapa..katanya adik ipar..ku beritahunya.. Wan ada di sana..sambil tgnku menunjuk ke belakang.

Sekembaliku ke khemah asal kami dgn dikuti oleh anak saudaraku dan kakak iparku utk join kami d sana, suamiku memberitahuku jumpa Datuk A dan Datuk A ckp dia jumpa Ahmad, kawannya semasa menuntut di ITM. Ahmad, kawannya itu menghantar anaknya dan adiknya..Suamiku mencelah..adik dia tu..bini aku la..
Selasa 17 Nov 2009

Hari itu dimulai dengan bangun tidur seawal 4 pagi. Persiapan untuk berangkat ke tanah suci perlu dilakukan awal. Kami diberitahu akan diambil untuk dihantar ke Kelana Jaya selepas Subuh. Waktu yg diberikan oleh TH utk melapur diri d Kompleks Tabung Haji itu ialah pd pukul 10 pagi.

Sudah kusemak sblm tidur mlm td dr buku panduan haji urutan perkara2 yg septtnya kulakukan. Memulai dengan memotong kuku dll sunat ihram seterusnya mandi sunat ihram sebelum memakai pakaian ihram. Bagiku, perempuan, memadai dengan berpakaian menutup aurat. Aku mengenakan jubah berwarna coklat dan tudung hitam bulat yang labuh dilengkapi dengan serkup kepala, sarung lengan dan sarung kaki. Tidak lupa, pakaian dalam yg selesa utk perjalanan jauh. Aku dah berpakat dgn anak saudaraku utk tidak memakai telekung solat berwarna putih sebagaimana yg biasa dilakukan oleh jemaah wanita lain memandangkan dia berada dalam keadaan uzur syar'i wp sbnrnya blh sj utk berpakaian sedemikian. Bagi suamiku, lelaki, memakai dua keping kain ihram putih tak berjahit.

Memandangkan destinasi kami terus ke Makatul Mukarramah maka bermakna kami akan berniat ihram di dalam kapal terbang semasa atau sebelum melintasi miqat iaitu Qarnul Manazil yg ditetapkan bagi jemaah yg dtg dr arah sini. Kami sudah memutuskan akan melakukan haji ifrad iaitu mengerjakan haji dahulu kemudian baru umrah yg bermakna kami terus berniat ihram haji d miqat Qarnul Manazil itu. Bg yg akan melakukan hj tamattu' iaitu mengerjakan umrah dulu kemudian baru hj, mrk hdklah berniat ihram umrah d dlm kt semasa/sblm melintasi miqat.

Selepas siap, aku melakukan solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Ini dipesan oleh suamiku utk melakukannya demi mensucikan hati dan diri dlm memulai perjalanan yg mulia ini. Ia di sudahi dengan solat sunat ihram dan solat sunat musafir sementara menanti waktu Subuh masuk. Sesudah menunaikan solat sunat sebelum Subuh dan solat Subuh aku turun ke bawah dan mendapati sahabat yang akan menghantar kami ke KTH Kelana Jaya sudah menunggu di ruang tamu. Begitu cepatnya, sdgkan suamiku baru balik dr surau tmn kami. Agaknya beliau ikut bersolat di sini bkn d rumahnya d Ulu Langat.

Jiran depan rumah kami suami isteri Hj H dan Hjh B dtg utk mengucapkan salam perpisahan dan pesanan-pesanan utk kami semasa berada d sana nanti. Kemudian dtg Abg Soh dan Hjh Zah. Hatiku yang sudah penuh mula berkocak apabila suasana perpisahan mula menampakkan wajahnya. Ku lihat wajah anak kedua kami yang sebegitu..dia menyorong beg besarku..kami bersalaman dan berpelukan..sebak..tak dpt mengucapkan kata-kata..

Kami bertolak lbh krg jam 7 pagi. Aku memeluk anak kecilku yang tercegat berdiri menunggu van sekolah dtg menjemput. Airmataku tidak dpt dibendung lagi. Aku bengang juga krn dia kelihatan selamba sj wp tadi sudah berlari mengejarku bertanyakan pakaian/peralatan sekolahnya. Agaknya dia pun gabra utk dtinggalkan.

Aku bersalaman dan berpelukan dgn Kak B dan Kak Zah. Aku menangis dan terus menaiki kereta, tidak tahan untuk memandang wajah anak kecilku itu. Tidak dpt kugambarkan perasaan hatiku utk berpisah dgn anakku yg tak pernah kutinggalkan. Ku dengar komen dr Kak B dan Kak Z ttg keadaan diriku yg sebegitu. Entahlah..aku sepatutnya tidak berkeadaan sedemikian. Spttnya pergi dgn tenang dan tiada rasa keberatan memandangkan pemergian kami untuk melakukan ibadah yang mulia pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Dr dlm kereta ku paksa utk menoleh ke arah anakku andainya itulah pandanganku yg terakhir manalah aku tahu. Wp tak tak dpt kutahan hati dan airmata aku tetap tidak ingin melepaskan peluang yang mungkin tak dpt kuraih lagi utk selamanya.

Mengiringi kereta yang kunaiki bersama suamiku ialah kereta anak sulong kami. Dia ditemani oleh adik-adik lelakinya, anak kelima dan keenam kami serta anak kecilnya NAI. Di KJ, muncul pula anak ketiga kami yg dtg bersendirian menaiki motosikalnya. Lagi luluh hatiku melihatkan mereka semua itu..tanpa anak kecilku bersama..